KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA (DUB1012)
TAJUK : PERANAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN
DALAM PERJUANGAN MENENTANG
PENJAJAH.
NAMA KUMPULAN : -
SERI NOOR FATIMAH BINTI MOHD
SHAMSI (02DMH16F2032)
NUR HAZANA BINTI HASSAN (02DMH16F2044)
NOR
FARAHIDAYU BINTI MUHAMAD PAUZI (02DMH16F2021)
SITI SYAFIRAH BINTI SAHDAN
(02DMH16F2003)
NURHASANAH BINTI SAMSUDIN
(02DMH16F2045)
NAMA PENSYARAH : ENCIK NOOR ZAIDI BIN
MOHD ZAWAWI
BIL
|
ISI
KANDUNGAN
|
MUKA
SURAT
|
1
|
PENGHARGAAN
|
3
|
2
|
OBJEKTIF
|
4
|
3
|
PENGENALAN
|
4
|
4
|
DOL
SAID & FAKTOR PENENTANGAN
|
5 -
6
|
5
|
TOK
JANGGUT & FAKTOR PENENTANGAN
|
7 - 10
|
6
|
ROSLI
DHOBI & FAKTOR PENENTANGAN
|
11 - 14
|
7
|
KESIMPULAN
|
15
|
8
|
RUJUKAN
|
16
|
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera,pertama sekali,kami ingin memanjatkan rasa syukur kepada
ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja
kursus ini dengan penuh jayanya. Kami juga ingin berterima kasih kepada ibu
bapa kami yang sentiasa menyokong perjuangan kami di polisas ini.seterusnya,
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Noor Zaidi bin Mohd Zawawi
iaitu pensyarah matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012) kerana kesudian
beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan e-folio ini dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan
yang sudi menyumbang idea dan tenaga dalam merealisasikan tugasan ini.
Syukur Alhamdulillah kerana disamping
melaksanakan tugasan ini kami dapat merasai pelbagai manfaat bersama antaranya
kami dapat mewujudkan semangat kerjasama antara rakan sekumpulan seterusnya
dapat mengeratkan lagi ukhwah diantara kami.selain itu, tugasan ini juga
membantu kami meluaskan ilmu pengetahuan dengan cara bertukar-tukar pendapat
diantara rakan sekumpulan. Manfaat yang terbaik adalah, tugasan ini telah
menyedarkan diri kami untuk sentiasa mengingati,menghargai dan mencontohi
semangat juang tokoh-tokoh terdahulu bagi mempertahankan hak orang melayu di
tanah melayu. Hal ini telah menguatkan perasaan cinta kami kepada Negara
Melaysia dan sebagai seorang pelajar yang juga merupakan belia Negara, kami
berjanji akan menjadi penyambung warisan tokoh-tokoh terdahulu dalam
mempertahankan keamanan Negara Malaysia yang tercinta.
Sekian,terima kasih.
OBJEKTIF
OBJEKTIF
Objektif
saya menjalankan kajian ini adalah seperti berikut:
1.
Untuk
mengenali tokoh yang dikagumi saya dengan lebih mendalam.
2.
Untuk
melengkapkan syarat seperti yang dikehendaki oleh pihak politeknik.
3.
Untuk
mengetahui jasa-jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh yang dikaji.
4.
Untuk
mengetahui sifat kepimpinan tokoh yang dikaji.
PENGENALAN
Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah ayahnya yang berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan Melanau.Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.
Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Haji Mat Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah ayahnya yang berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan Melanau.Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.
DOL SAID
Nama
sebenar Dol Said ialah Abdul Said. Dilahirkan pada tahun 1773. Beliau
berketurunan suku Semelenggang. Beliau memegang jawatan sebagai Penghulu Naning
ke Sembilan ketika berusia 26 tahun menggantikan Penghulu Anjak. Semenjak kecil
lagi beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat bermula
berusia enam tahun. Dari situ lagi sifat keberaniannya mula diperlihat. Dol
Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan
sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua
orang tuanya. Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah
menjadi contoh pahlawan dan pejuang kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan
diingati sepanjang hayat.
Semasa pemerintahan beliau sebagai penghulu
Naning, beliau membantah pengenaan cukai keatas daerahnya oleh pihak British.
Beliau membangkang secara keras kemasukan tentera British di Naning dengan
menunjukkan kebijaksannan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam
dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka.
Semasa pemerintahan Dol Said, beliau
telah berjaya mendapat sokongan orang melayu seramai 1000 orang untuk menentang
British dalam Perang Naning yang bermula 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos
1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol
Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana
perpaduan yang wujud dikalangan orang Melayu serta skongan orang Melayu di
wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah
kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan
akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya
diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
British
adalah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam
perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris
kerana meraka dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Kekalahan ini amat
memalukan kerana diibaratkan tikus mengalahkan gajah. Pada mulanya mereka yakin
Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat
oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing,
anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku
pertempuran selama 18 hari maka tentera
British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera.
Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar
ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.
Sebelum
berlakunya perang Naning yang kedua pada tahun 1832, British Berjaya
memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan
daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan
Seri Menanti. Dalam perang Naning pertama Dol said mendapat bantuan daripada
orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian
itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning
malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning. Walaupun tidak lagi mendapat
bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan
orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.
Pada
April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh
pasukan Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban menyerang Naning bagi kali kedua.
Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan
setelah berlaku pertempuran selama hamper dua bulan akhirnya Dol Said dan para
pengikutnya terpaksa berundur dari Naning. Namun kemenangan itu tidak
mengembirakan British kerana terpaksa menanggung kerugian lebih dari 100,000
pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.
Kemenangan pahlawan-pahlawan
Melayu menentang British dalam perang Naning pertama disebabkan wujudnya
perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak bersendirian kerana disokong
oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi kekalahan dalam perang
Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan
dikalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang
Naning.
Tok Janggut
LATAR
BELAKANG :
Nama
sebenar adalah Haji Mat Hassan. Beliau merupakan anak kepada munah iaitu anak
panglima kesayangan engku Seri Maharaja Jeram. Tok Janggut dilahirkan pada 1853
di kampong Jeram. Sejak kecil beliau dihantar mengaji di sebuah pondok di
Kelantan. Beliau juga mempelajari seni silat dari seorang Minangkabau. Setelah
tamat pengajian, Tok Janggut berkhidmat sebagai panglima kepada Engku Seri
Maharaja Jera.Beliau kemudiannya menunaikan haji di Mekah. Sekembalinya dari
Mekah, Nik Hassan digelar “Tok Janggut” kerana janggutnya yang panjang. Beliau
tinggal di Kampung Nering dan berkahwin dengan Siti Hajar, namun tidak
mempunyai anak. Pekerjaan Tok Janggut ketika itu ialah bertani dan mengajar
seni silat. Pada waktu lapang, Tok Janggut suka berlaga ayam dan bermain gasing.
Menurut Nik Anuar Nik Mahmud, dengan keberanian dan kebengisan Tok Janggut,
beliau telah dianggap oleh orang kampung sebagai ketua mereka dan sangat
dihormati. Sikap Tok Janggut yang cepat tersinggung dan kadang-kadang membawa
kepada pertikaman dan juga pembunuhan orang dalam diam menyebabkan penduduk
kampung sangat menghormatinya. Namun pada 25 June 1915, Tok Janggut dan
pengikutnya telah meninggal dunia semasa pertempuran menentang British.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan
digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat,Kelantan. Sehingga kini gelaran Tok Janggut
yang merupakan pejuang jihad masih diingati walaupun usahanya menentang dan
mengusir penjajah dari bumi melayu tidak kesampaian, semanagt cintakan
agama,bangsa, dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal
disanjung sehingga kini.
“ Tok Janggut pejuang jihad”
Perjuangan tokoh yang nama
sebenarnya Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan malah perkataan ‘jihad’
yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan
kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecik. Pada mereka jika tindakan Tok
Janggut tidak disekat maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan
terjejas.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok
Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan
bagi mengelakkan peritiwa itu berulang. Seterusnya mereka melancarkan perang
saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya dengan harapan generasi mendatang
menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat Negara dan
bangsa. Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil
kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut beserta sahabat dan
pengikutnya terhadap Negara. Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah
dari bumi melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah
air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama,
bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring,
daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai
panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah, ketika berusia 52 tahun dan masih di
Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya , Syeikh Ahmad memberi amanat supaya
muridnya berikhtiar membebaskan jajahan
dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Inggeris mula melebarkan penjajahan ke
negeri melayu di utara dan di timur semenanjung selepas berjaya menguasai
negeri di pantai barat semenanjung.
Perjanjian Bangkok yamg dimerterai antara
Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan
di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui oleh orang melayu dan perubahan
pentadbiran yang diperkenalkan penjajah tertnyata menindas penduduk watan.
Mat
Hassan pulang ke Kelantan tatkala sultan dan pembesar melayu di Kota Bharu
tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram
untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu. Mat Hassan juga berhubung
rapat dengan pejuang melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk
Bahaman. Sentiment anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang
Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan
tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa
mereka menyebelahi England dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak
kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama
mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam,
Khairyn Effendi, yang mewajibkan umat islam berjuhad menentang British dan
sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai
yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang melayu. Pada mulanya Tok Janggut
dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Kekacauan
bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil
kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan
itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen
penentangan.
Disebabkan tidak sanggup menahan derita,
ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama,bangsa dan
tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya. Pada 29 April 1915, Mat
Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib
mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan
di Pasir Puteh dan mengisyhtiharkan jajahan itu merdeka. Bagaimanapun mesyuarat
sulit itu diketahui Pegawai Jajahan pasir Puteh yang berasal dari Singapura
iaitu Latiff yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan
Che Wan Sulaiman untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa
anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat
Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu. Mat Hassan sedang berucap di
hadapan kira-kira 1000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Tok Janggut
bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai
tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul
persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana keliatan
seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis
berjalan seiring atau di hadapannya. Bagaimanapun polis tetap berkeras
menyebabkan Mat Hassan menikan Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati.
Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.
Tok Janggut dan pengikutnya
bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pengawal Inggeris di jajahan itu melarikan
diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan
menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisyhtihar Ketua Menteri dan Ungku
Besar Jeram sebagai raja.
Perkembangan di Pasir Puteh
membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah
memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak
berlaku di Kelantan. Sejurus selepas berunding dengan Langgam –Carter, Sultan
Muhammad ke-4 mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara
Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka
meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan
kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat
menderhaka tetapi bertujuan menghalau Ltaiff yang dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk
Menteri, Sultan Muhammad ke-4 memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya
atas kesalahan menderhaka.
Malah,
satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya
menenangkan Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan sultan menghadapu kebangkitan Tok
Janggut. Selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik
Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan
tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada
3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan
tidak berdepan pasukan Inggeris yamg mempunyai kelengkapan senjata itu.
Sebaliknya ,mereka bersembnyi dan selepas menunggu tentera Inggeris terpaksa
kembali ke Singapura. Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali
menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk
membawa membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok
Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei
1915.
Langham-Carter, Peyps, AG Maxwell
dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu
kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol
kerana mengesyaki bersembunyi di situ. Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar
Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati. Pasukan
Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak Jauh
dari kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!” Tok Janggut dan
pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun Tok Janggut terbunuh bersama rami
pengikutnya. Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke
Kota Bharu dan digantung demgam kaki keatas ,kepala ke bawah di Padang Merdeka
sebelum dikebumikan di Pasir Pekan,Tumpat, Kelantan.
ROSLI DHOBY
Sebut sahaja mengenai kemerdekaan yang dicapai Sarawak, nama Rosli Dhoby pasti dalam ingatan . Rosli Dhoby adalah anak jati Sarawak yang mula membangkit perasaan antipenjajah dalam kalangan rakyat Sarawak .
Semasa berjuang untuk menuntut kemerdekaan , usianya ketika itu 17 tahun . Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British syahid di tali gantung pada 2 Mac 1950 , percubaan asasinasi Gabenor kedua Sarawak, Sir Duncan Stewart di Sibu pada 3 Disember 1949 .
Pada 15 Disember, 1949 Rosli dan Morsidi Sidek serta dua lagi rakan seperjuangan mereka , Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching , Jalan Tabuan , Kuching .
Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan . Keempat-empat pejuang nasionalis itu dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor (kawan mereka yang juga berketurunan Melanau).
Kisah perjuangan Rosli bersama rakan-rakannya sebelum merancang asasinasi Sir Duncan Stewart telah banyak dipaparkan di dalam surat khabar dan majalah . Yang terbaru didedahkan di dalam buku terjudul Rosli Dhoby Merdeka Dengan Darah tulisan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak, Dr.Jeniri Amir .
Rosli dilahirkan pada 1932 di Sibu dan menganggotai Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam pergerakan tersebut. PPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak pada zaman Sir Charles Vyner.
Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga Brooke, iaitu Sir James , anak saudaranya Sir Charles dan anak Sir Charles iaitu Sir Charles vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941.
Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu pada 21 Februari 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular dalam kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka .
Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada Disember 3, 1949.
Rosli Dhoby ditangkap oleh
pengawal keselamatan sejurus
manikam Sir Duncan Stewart di
Sibu pada 3 Disember 1949.
Pada jam 9.30 pagi di hari itu , Rosli telah menyerang Sir Duncan dengan pisau tradisi yang dipanggil Badik. Rosli dan rakannya Morsidi Sidik , kedua-duanya ditangkap oleh polis British . Sir Duncan telah dihantar ke hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima untuk menerima rawatan rapi. Pengawai British itu meninggal dunia tujuh hari selepas kejadian .
Ini ialah surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung .
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam .
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat . Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita . Berikan segala pelajaran sama ada ‘Sunat’ atau ‘Fardhu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda . Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis buku dan pakaian anakanda itu berikan semuanya kepada adik Aini.
6. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 MAC, 1950
MAKAM ROSLI DHOBY
KESIMPULAN
Tokoh
– tokoh tempatan ini telah banyak berjasa dalam mempertahankan bangsa dan
Negara.Kisah perjuangan mereka memberi inspirasi kepada kita semua untuk
lebih berani menetang penjajah .
Mereka juga dapat dijadikan “role model “ atau idola kepada generasi kini dan yang
akan datang .Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti
untuk Negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.
Oleh itu , kisah perjuangan
mereka yang penuh dengan onak dan duri ini sepatutnya dijadikan tauladan demi
menghargai jasa –jasa tokoh yang telah banyak berjuang dan berjasa bagi mecapai
keamanan Negara .
RUJUKAN
- https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok.janggut
- https://rosli.dhoby.com/sejarahtokoh
- http://sejarahmalaysia.my - http://tangisanmelayu.blogspot.my
- https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok.janggut
- https://rosli.dhoby.com/sejarahtokoh
- http://sejarahmalaysia.my - http://tangisanmelayu.blogspot.my